aku tidak pasti sama ada di Malaysia kalian dapat membeli sebuah Mac dengan diskaun harga pelajar.

Apple College student promotions!

tetapi, dengan bantuan mereka mereka di forum Lowyat, tentu soalan kalian terjawab.


tidak salah mencuba.
siapa yang tidak mahu ipod touch percuma.

hero-backtoschool-20090527

for more information, go
here.
aku mendapat tahu bahawa harga sebuah Iphone 3G telah dikurangkan kepada USD99 (RM350). terima kasih kepada saudara Sham Hardy yang peka di ke atas perkara perkara baru ini. Aku juga dapat melihat di website Apple Store Malaysia, kedua dua Iphone (3G & 3GS ) telah dipamerkan di muka hadapan tanpa sebarang harga. mungkin sedang di dalam peringkat pengiraan keuntungan oleh pihak Maxis.

untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, aku telah ke forum lowyat. kerana disana kebiasaannya hal hal ini akan dibincangkan dengan lebih teliti. namun, lain pula jadinya. setelah menyemak semula website Apple Store Malaysia, lihat, apa yang telah ku jumpa:

1.MACBOOK ALUM UNIBODY? TIADA LAGI, KINI MACBOOK PRO!

Macbook Price List 09

Macbook Price List 09_3

Fendi Afifi, lihatlah. harga yang lebih kurang sama dengan harga pembelian Macbook anda yang lalu. Processor yang lebih tinggi (sebelum ini hanya 2.4), RAM 4GB sediada dan boleh ditambah baik kepada 8GB!, semuanya pada harga yang sama. harap bersabar ya Fendi Afifi. nanti makan rojak buah dengan Anuar Deris ya!

2.KENAPA FENDI AFIFI SEORANG SAHAJA YANG KENA? KENAPA TIDAK DIRI SENDIRI.

Macbook Price List 09_2

pada harga yang sama, cuma kelajuan Processor ditambah kepada 2.13Ghz. masih relevan dan tidak seperti saudara Fendi Afifi. Sebelum itu,perubahan ini hanya berlaku pada usia macbook aku hanya 2 bulan.

Antara perkara lain yang menarik untuk diterokai selepas ini? mungkin kehadiran OS X baru iaitu Snow Leopard.

Apapun, sila ke website ini untuk harga penuh barangan dari Apple.

Share
siri ketiga menampilkan carian-carian lama dan baru seperti berikut :

CARIAN PENGUNJUNG SIRI 3

1.3GP TERBARU BUDAK SEKOLAH 2009

KUANTAN VACATION

kurang faham apa yang anda cari. adakah budak sekolah yang mendaftar pada tahun 2009 yang menggunakan telefon bimbit berkebolehan merakam dalam format 3gp ataupun telefon bimbit berkebolehan merakam video 3gp untuk budak sekolah terbaru untuk tahun 2009. dan aku sengaja pura-pura tidak faham dengan carian diatas.

2.REKABENTUK PONDOK

pondok ataupun wakaf biasanya dijadikan tempat berehat. kebiasaannya diletakkan di tempat tempat rekreasi seperti taman permainan, tepian pantai, tasik, padang golf dan sebagainya. dari segi rekabentuk, dari pengalaman aku, rekabentuk tradisional menjadi pilihan utama oleh kerana saiznya yang tidak besar dan untuk menjimatkan kos.

tetapi tidak salah sekiranya anda mahu menggunakan struktur besi. tetapi, ini akan meningkatkan kos selain daripada besi berdiameter 75mm kelihatan agak kecil dan menjadikan pondok rekaan anda tampak halus dan tidak 'gah'/kukuh walaupun ianya berlaku sebaliknya.

3.RAKYAT MALAYSIA GEMUK

MAKAN DI WILLIAM

aku menyalahkan diri sendiri untuk perkara ini.kenapa gemuk? senang, sebabnya kurang bersenam.mungkin faktor pemakanan dan diet juga menyebabkan perkara diatas berlaku. baru baru ini aku menonton Discovery Channel, Diet yang salah seperti tidak mengambil sarapan dan tidur lewat menyebabkan tubuh badan kita memberi respon dengan menyimpan lemak untuk memberikan tenaga. sila dapatkan nasihat doktor.

4.NAMPAK BOXER

fesyen seluar 'londeh' yang aku masih adaptasikan dalam kehidupan seharian ini telah bermula semenjak tahun 1997 lagi. tiada siapa yang menjadi inspirasi untukku, tetapi atas alasan seluar yang dibeli (kebanyakkanya seluar sukan/track suit) lebih pendek daripada panjang kaki aku, aku terpaksa memakainya agak rendah ketika itu.

kenapa memilih boxer? pertama sekali, bukan kerana trend. kerana kesesuaian. anda memakai seluar londeh, mahukah anda dilihat memakai seluar dalam bewarna pink? sudah tentu tidak.

jangan memakai boxer anda sama paras dengan seluar anda kerana ini tidak menampakkan faedah penggunaan boxer tersebut.cara pemakaian ini juga akan mendapat hinaan daripada orang kampung malah, keluarga anda sendiri.

bila umur sudah meningkat, tinggikan sedikit seluar tersebut. ataupun, beli sahaja seluar bercawat pendek.

5.LANDSKAP MASJID

perkara yang amat menarik kerana aku pernah belajar mengenainya di semester pertama sarjana. landskap masjid kebiasaannya terdiri daripada kawasan hijau, diletakkan wakaf-wakaf sebagai tempat berehat dan jika boleh, ditukarkan pagar masjid tersebut kepada tumbuhan/pokok hijau yang memagari kawasan tersebut.

mengapa? mudah, masjid adalah tempat orang awam bersembahyang dan sepatutnya, masjid juga dijadikan sebuah tempat untuk mengumpulkan komuniti masyarakat sekeliling untuk beriadah dan sebagainya. sering kali disoal bagaimana untuk meramaikan pengunjung ke masjid, aku berpendapat, mulakannya dengan cara ini.

bila anda meletakkan pagar yang tinggi dengan hiasan pecahan kaca (seperti masjid kampung baru), anda seolah olah cuba memberitahu kepada penduduk/orang awam supaya menjauhi masjid ini ketika bukan waktu solat. bagaimana pula sekiranya anda meletakkan wakaf ataupun gelanggang permainan? sudah tentunya orang awam akan menggunakannya dan apabila azan dilaungkan, dengan sifat semulajadi, tentunya mereka akan berhenti untuk bersembahyang.

ini cuma cadangan.harap maklum.

6.ASKAR WANITA

adakah anda bercita-cita menjadi seorang tentera? nasihat aku, jika ianya adalah pilihan terakhir kamu di dalam hidup, teruskan. jika tidak, lebih baik mencuba untuk menyambung pelajaran. tidak kisah jika anda gagal temuduga itu dan ini, jika sudah ada semangat waja di dalam diri, anda tentunya boleh berusaha lagi

7.AYAM KAMPUNG DOWNTOWN CHERAS

NASI AYAM KAMPUNG DOWNTOWN CHERAS

memang sedap. mengiurkan dan terbaik. siapa yang membuat carian ini, sila belanja aku.

Share
KONSEP MESRA PENGGUNA : KENDERAAN AWAM TIDAK DIBENARKAN MASUK

(sebelum itu,aku pernah menulis mengenai Perancangan Putrajaya disini.)

pernahkah kalian ke bangunan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya. aku baru sahaja pulang sebentar tadi atas urusan pejabat.tiada apa yang lebih menarik melainkan memakai baju yang digosok kemas, menyarung kasut kulit baru dan kesudahannya berpeluh di depan kaunter pertanyaan akibat penat berjalan.

Jarak 'tempat letak kereta' bagi orang awam adalah agak jauh dan akan menjadi lebih jauh jika kalian gagal menjumpainya.sebenarnya tiada tempat letak kereta khusus kerana bagi orang luar, kami hanya meletakkan kenderaan di Parcel E/Anjung iaitu berhampiran dengan Kementerian Pelajaran/Kesihatan.

KENDERAAN AWAM TIDAK DIBENARKAN MASUK.

Maaf, jika kalian menyatakan "eh, ada ja tempat letak kereta Kementerian Dalam Negeri, hangpa ja yang tak tau!" aku akan menjawab gaya fendi afifi, "ha! mau fikir?"

1.TAK MENGAPALAH FARRID, BARU SIHAT SIKIT JALAN KAKI.

jika aku ingin pun, ada lebih banyak cara lain yang boleh aku pilih, daripada bermain futsal kepada jogging. sila faham, orang awam ke Pejabat Kerajaan sudah tentunya atas sebab urusan Pejabat. sebab itu ianya dipanggil Pejabat. dan kami berurusan dengan berpakaian pejabat yang amat amatlah tidak sesuai dilihat ketika berpeluh.

2.LALUAN PEJALAN KAKI YANG 'BERTUTUP'

ya! bertutup dengan 3-4 ranting pokok pokok kecil. mujurlah urusan aku berlaku pada sebelah pagi. bayangkan jika ianya pada pukul dua petang. jika ada selepas ini, aku benar benar memerlukan pakaian salin ketika tiba di sana.

jika terdapat kemudahan laluan pejalan kaki bertutup, mungkin aku akan kurang kisah mengenainya.

3.KEGAGALAN KONSEP PARK & RIDE

agak pelik mengapa bangunan Kementerian Dalam Negeri direkabentuk sebegini. sedangkan perkara yang selalunya diambil berat adalah kemudahan akses para pelawat/pengunjung/pekerja bangunan itu sendiri.aku pernah membaca suatu ketika dahulu mengenai Perancangan Putrajaya yang menyatakan bahawa konsep pembangunan Putrajaya lebih menekankan kepada kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan Park & Ride.

sebagai seorang perekabentuk tempatan, telah diketahui umum mengenai perihal masyarakat Malaysia yang tidak berkongsi kereta dan kedegilan menggunakan kemudahan yang disediakan melainkan terpaksa. ya! terpaksa. hanya jika tempat letak kereta dikenakan bayaran yang mahal, tentu sekali ramai yang akan memilih kemudahan Park & Ride disini.


Share
bukan semua yang masuk ke blog ini kerana carian dewasa seperti 'henjut sayang' ataupun yang kalian dapat baca sendiri di gambar dibawah. tetapi aku memikirkan bahawa ada juga yang masuk ke blog ini atas carian penciptaan baru ataupun teknologi semasa seperti carian 'basikal yamaha pas city' & 'proton persona R3'.

Carian terkini

mungkin kalian cuma mahu mencari rekabentuk ataupun perincian dan gambar mengenai perkara-perkara di atas, tetapi tersalah masuk blog pula. baiklah, si pencari mungkin sudah menemui apa yang dicari, yang sedang membaca?

1.YAMAHA PAS CITY-C BICYCLE.

merupakan sebuah basikal hybrid-elektrik keluaran Yamaha yang bekerjasama dengan syarikat terkemuka Jepun, ±0. dikeluarkan secara limited dan kelebihan basikal ini ialah motornya akan dapat membantu kayuhan anda apabila menghadapi situasi seperti jalan berbukit, meredah angin ataupun ketika membawa muatan yang berat.



tidak pasti samaada ianya terdapat di Malaysia ataupun tidak. bahan bacaan lanjutan anda terdapat di sini.

2.PROTON PERSONA R3

keywords carian yang lebih tepat adalah 'Proton Persona Envy R3' dimana ianya adalah produk keluaran 'sampingan/lebihan' Proton seperti yang terdapat pada Wira 1.8 RS, Satria R3, Waja MME, Neo CPS dan lain lain.



R3 bermaksud Rally, Racing & Research dan kalian boleh mengharapkan kuasa daripada enjin R3 keluaran Proton ini.



gambar diambil dari sini.

3.MALAYSIA KITS





boleh didapati di mana mana cawangan butik Nike ataupun Al-Ikhsan. harganya aku tidak pasti. yang aku tahu, lebih murah pada jersi Liverpool. untuk keterangan lebih lanjut mengenai maksud tersirat penciptaan jersi pasukan Malaysia, lawati blog ini.

4.DRIVER KERETAPI

adakah anda bercita cita untuk menjadi seorang pemandu keretapi? ataupun sedang mencari cerita seram pemandu keretapi? pemandu keretapi terlampau?

aku pernah mendengar satu cerita yang seorang pemandu keretapi terpaksa memijak butang di kakinya secara berterusan setiap 10 saat untuk menyatakan bahawa beliau sedang memandu dan bukannya sedang tidur. benarkah?

5.ARRIFAIZ BAKLY

"faiz! hang google diri hang sendiri kan?"

Share
wow!
tidak tahu dan tidak mahu tahu bagaimana seorang pelayar boleh tiba di blog aku dengan keywords 'henjut sayang' tersebut. jelas sekali seperti beliau cuba untuk mencari laman web berasaskan perkataan 'melayu' dan ditambah 'boleh' ataupun '3gp'

qida dan aku (oh!)

tidak mengapa, aku akan cuba untuk menjawab apa yang kalian cuba cari mulai saat ini. kerana sudah ketandusan idea (sudah tentu!), aku tuliskan beberapa keywords carian pengunjung ke blog ini.



HENJUT SAYANG.

aku mengaku, terdapat perkataan 'henjut sayang' di dalam blog ini.tetapi, malangnya, ia adalah merupakan gambar saudara amey dan fareez bermain mesin permainan arked suatu ketika dahulu di Penang. jika anda rasakan ianya adalah strategi kemasukan pelawat ke laman web ini. jawapan aku, mungkin?

sudah tentu sekali di dalam blog aku tiada perkataan henjut sayang yang dimaksudkan 'henjut sayang henjut' (jika itu yang anda maksudkan). mungkin anda perlu meningkatkan carian anda kepada sesuatu yang lebih mendalam seperti meletakkan perkataan seperti '3gp melayu' ataupun 'budak sekolah' ataupun 'sayang, awak janji jangan tinggalkan saya' dan terbaru, 'henjut mak tiri'

KUMPULAN SHADES.

sebuah kumpulan accapella (tidak tahu ejaan sebenarnya) yang ditubuhkan pada sekitar tahun 90-an. popular dengan lagu 'malam' dan 'jangan kau ucap selamat tinggal' dan telah menjadi siulan semua orang kampung ketika itu. memenangi anugerah AIM sebagai artis baru terbaik tahun 1996.

tiada perkembangan terkini dan anda boleh terus membacanya
disini.

SQUIER JAGMASTER / ACOUSTIC JAGMASTER

ini agak menarik. segala yang anda perlu tahu mengenai gitar squier jagmaster terdapat di laman web
ini. video video berkaitan bolehlah mencuba menontonnya sendiri di youtube.

Squier Jagmaster

jika anda mahu komen dari aku, gitar tersebut memang menarik.dari rekabentuk body, hinggalah ke neck besar (headstock). menggunakan pickup humbucker di bahagian bridge dan neck. jenis bunyi yang agak tebal dan besar tetapi masih mengekalkan ciri ciri fender itu sendiri.

harga? sepatutnya rm1200. kali terakhir di Yamaha Penang aku ditawarkan Rm950 untuk gitar tersebut.

dan, tiada versi gitar akustik untuk siri ini.

KOLEJ TWINTECH PENIPU

marah sungguh anda. sabar dahulu. berita ini aku tidak pernah dengar. jika perihal ditipu oleh kolej, tentu sebabnya adalah sijil tidak diiktiraf dan juga kewangan.

harap bersabar dan sila google dengan lebih mendalam.

PLAZA ALAM CENTRAL K770

aku beranggapan bahawa anda cuba untuk mencari info mengenai kedai yang menjual Sony Ericcson K770i di Plaza Alam Sentral. mudah! pergi sahaja ke situ dan anda pasti menjumpainya

harga? dua tahun lepas,aku beli dengan harga rm800. 2 tahun selepas itu? aku sendiri tidak tahu memakai handphone ini adakah masih relevan ataupun tidak.

CELEBRITIES WITH THEIR MAC







this is just the part one. wait for another episode next week.


switch now!

sebab aku pun dah tersilap tulis. lari pada soalan. jadi aku pos sahaja entry ini. mana tahu di antara kalian ada yang sedang memerlukannya. Sesuai untuk pembentangan site-analysis anda.


jangan risau, semua yang aku tulis ini betul. cuma tak kena pada soalan tugasan yang diberi kepadaku. (atas sebab pertukaran tajuk tugasan)


selamat membaca dan memahami.


sila google untuk gambar.



PERANCANGAN BANDAR PUTRAJAYA.
oleh : Mohd Farrid bin Husin


Pengenalan.


Putrajaya adalah merupakan sebuah bandar yang dikenali melalui senibina bangunannya dan lanskap yang indah selain fungsinya sebagai sebuah pusat pentadbiran negara Malaysia. Putrajaya tercipta apabila Kerajaaan Malaysia mahu mewujudkan sebuah pusat pentadbiran baru dan meninggalkan Kuala Lumpur sebagai pusat komersil dan kewangan negara.


Terbahagi kepada dua kawasan utama iaitu Kawasan Teras dan Kawasan Pinggir. Dimana di Kawasan Teras yang merangkumi keluasan seluas 1069 hektar, dibahagikan kepada lima Percint yang dinamakan sebagai Precint Kerajaan, Percint Komersil, Persint Sivik dan Kebudayaan, Persint Pembangunan Campuran dan Persint Rekreasi dan Sukan.Dihubungkan dengan jalan utama sejauh 4.2km.Kawasan Teras ini bakal menjadi sebuah kawasan utama bagi acara-acara sambutan peringkat kebangsaan, festival dan acara kebudayaan.


Kawasan pinggir Putrajaya mengandungi 15 kawasan dengan saiz-saiz pelbagai. 12 daripada 15 kawasan ini membentuk kawasan kediaman. Perancangan dan reka bentuk kawasan kediaman Putrajaya berlandaskan satu identiti pusat tumpuan, pelandskapan dan rawatan alam untuk orang ramai. Sejumlah 67,000 buah rumah julat berbeza-beza, saiz-saiz, jenis dan ketumpatan telah dirancang untuk semua sektor.


Mengikut Perancangan Struktur, Putrajaya dibangunkan untuk memenuhi kriteria berikut:


1) Bandar Pintar


2) Bandar Dalam Taman


3) Pusat Pentadbiran Negara


4) Sebuah bandar yang dikawal dan dijaga fizikalnya


5) Sebuah bandar dengan persekitaran hidup yang berkualiti tinggi


6) Sebuah bandar yang mengutamakan pengangkutan awam.


Konsep.


Konsep bandar ini adalah sebagai sebuah ‘Bandar Pintar’ dan ‘Bandar Dalam Taman’. Sebagai contoh, didalam konsep Bandar Dalam Taman, Putrajaya merupakan sebuah bandar yang memulihara eko sistem melalui perancangan landskapnya sambil mempromosikan kehidupan yang aktif.


Konsep Bandar Dalam Taman adalah berkaitan dengan perkara berikut:


1) Bentangan


i) satu paksi rasmi berselang-seli dengan ciri-ciri berbuku


ii) satu kepelbagaian bidang-bidang kegiatan tidak rasmi dan rasmi.


2) Landskap


i) 38 peratus tanah dikategorikan sebagai kawasan hijau.


ii) perhutanan semula


iii) mencipta satu rangkaian ruang-ruang terbuka.


3) Rekabentuk Urban.


i) direka untuk menyesuaikan topografi, iklim tempatan dan norma-norma kebudayaan


ii) mengoptimumkan pandangan panoramik indah


iii) kewujudan bangunan-bangunan pintar dengan ciri-ciri infrastruktur.


4) Wawasan.


Putrajaya tercipta dengan beberapa ideologi mudah:


i) Manusia dan PenciptaNya


ii) Manusia dan Manusia


iii) Alam dan Manusia


Bandar Pintar.


Putrajaya diolahkan sebagai salah satu daripada dua ‘bandaraya pintar’ di bawah projek Koridor Raya Multimedia. ianya merupakan sebuah kawasan 15km x 50km dan diduduki oleh pihak syarikat yang mengusahakan produk berteknologi tinggi, sama seperti versi Silicon Valley di Carlifornia, Amerika Syarikat.


Komponen utama bagi koridor raya multimedia ini ialah kerana pertalian antara Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur , Cyberjaya Dan Putrajaya yang terikat oleh satu rangkaian gentian optik yang menyediakan penghubung komputer. Oleh kerana lokasi Putrajaya yang diletakkan sebagai pusat bagi zon ini, penduduk-penduduk boleh mengharapkan akses Internet berkelajuan tinggi dengan kemudahan-kemudahan lain, sejajar dengan konsep kerajaan elektronik.


Sebuah lagi Bandar Pintar adalah Cyberjaya yang merupakan jiran kepada Putrajaya dimana disini, segala kajian dan pembangunan mengenai teknologi maklumat dilakukan.


Garis Panduan Pembangunan.


Untuk mendirikan sesuatu bangunan di sini, beberapa garis panduan haruslah ditetapi. Antaranya ialah:


1) Garispanduan rekabentuk bandar


2) Garispanduan pengurusan ‘stormwater’


3) Garispanduan rekebentuk pengangkutan


4) Garispanduan pengurusan alam sekitar


5) Garispanduan sistem saliran


6) Garispanduan rekabentuk iklan dan papan tanda


7) Garispanduan pengurusan tasik.


Konsep Rekabentuk.


Untuk memenuhi objektif kepada perancangan asal Putrajaya, 11 konsep rekabentuk sivik telah diambil kira dalam perancangan Precint Kerajaan, iaitu:


1) Organisasi dan orientasi


2) Kawasan lapang dan tanah


3) Sirkulasi kenderaan


4) Tempat letak kenderaan


5) Permulaan alamat dan perkhidmatan


6) Pengangkutan awam


7) Ketinggian bangunan


8) Utiliti


9) Mercutanda dan kawasan-kawasan menarik


10) Sirkulasi kenderaan


11) Fasa pembangunan.


Dimana, didalam nota perancangan asal dinyatakan bahawa :


1) Aspek-aspek di atas yang membentuk struktur dan asas kepada pelan pelan yang lebih komprehensif dengan mengambil kira bentuk, fungsi dan prinsip-prinsip estetika. Yang mana hasil daripada itu dapat menggambarkan konsep keseluruhan Precint Kerajaan.


2) Organisasi dalam Precint Kerajaan ditentukan selanjutnya mengikut sususan fizikal berdasarkan hierarki jabatan kerajaan, sensitiviti budaya dan pendedahan awam.


3) Lokasi dan orientasi bangunan perlu berkait rapat dengan lokasi, keaddan fizikal, kebudayaan dan mercutanda seperti Masjid Putra, mercutanda, Dataran Putra, Jambatan Putra dan Taman Botani.


4) Perancangan dan jalan masuk0keluar ke tempat-tempat istimewa seperti Taman Putra Perdana dan kemudahan VIP memerlukan perancangan yang lebih teliti meliputi aspek keselamatan, perkhidmatan, telekomunikasi dan keperluan budaya masyarakat setempat dan antarabangsa.


5) Nisbah Plot dalam Precint Kerajaan adalah 1.4 untuk parcel-parcel Kerajaan dan 2.3 untuk parcel-parcel Komersil. Nisbah plot ini akan memastikan bahawa pembangunan dalam precint ini akan dikekalkan pada densiti yang rendah dan sederhana.


Kedudukan Bangunan.


Daripada pembahagian dua kawasan yang telah dinyatakan (kawasan teras dan kawasan pinggir) Putrajaya dengan sendirinya telah terbahagi kepada beberapa bahagian.Daripada pemerhatian saya, terdapat beberapa bahagian di sini. Antaranya ialah:


1) Kawasan Bangunan Pentadbiran. (kawasan teras)


2) Kawasan Perumahan (kawasan pinggir)


3) Kawasan Rekreasi dan Hiburan.(kawasan teras)


Kawasan Bangunan Pentadbiran.


Terbahagi kepada beberapa kawasan yang dipanggil sebagai Presint. Di sini, terdapat dua bahagian kawasan tersebut. Di Persint 2 dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat. Dimana, di Persint 2 atau yang dipanggil sebagai Pusat Bandar, diletakkan sebaris bangunan kompleks seperti bangunan Kementerian Kewangan, Istana Kehakiman (Palace Of Justice) dan Wisma Putra. Manakala Di Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat pula, diletakkan bangunan di dalam bentuk sebuah bulatan besar. Dan dibahagi kepada beberapa bangunan ataupun dipanggil Parcel seperti Parcel E yang mempunyai bangunan Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Kesihatan & Kementerian Pengajian Tinggi.


Mengapakah bangunan ini diletakkan sebegitu? ini adalah untuk memudahkan para pengunjung untuk berurusan di sini. Di Putrajaya juga digalakkan para pengunjung untuk menggunakan kemudahan Park & Ride dimana pengunjung hanya perlu meletakkan kenderaan mereka di tempat yang telah disediakan dan menggunakan khidmat pengangkutan bas yang disediakan.


Dari segi senibinanya, jelas sekali bangunan disini dikawal dari segi rupa luarannya agar menyamai ‘standard’ yang telah ditetapkan. Kebanyakkan bangunan disini diserlahkan dengan rupa senibina moden seperti yang dapat dilihat pada bangunan Kementerian Kewangan. Selain daripada itu, terdapat juga unsur unsur senibina Timur Tengah yang diketengahkan seperti yang dapat dilihat melalui binaan kubah gaya masonry pada Jabatan Perdana Menteri dan Palace Of Justice (Istana Kehakiman).


Namun terdapat satu kelemahan pada Bangunan-Bangunan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat dimana kepada para pengunjung yang tidak menggunakan kemudahan Park & Ride, kemudahan untuk meletakkan kenderaan adalah agak sukar. Tidak disediakan tempat meletak kenderaan pada kompleks-kompleks ini melainkan hanya untuk kepada pekerja dan staff bangunan tersebut melalui pas yang telah disediakan.


Di dalam perancangan asal Putrajaya ada dinyatakan perkara bahawa ianya bakal menjadi sebuah bandar yang mengutamakan pengangkutan awam, tetapi jelas sekali, masyarakat belum bersedia ke arah tersebut. Ataupun, adakah ianya satu sistem yang gagal diterapkan dan disampaikan kepada rakyat Malaysia.


Kawasan Perumahan
(kawasan teras & pinggir)


Kawasan perumahan disini diletakkan secara rawak melalui rancangan asal pembangunan disini. Beberapa kawasan perumahan dapat dilihat disekitar Presint 7, 14 & 18. Sebagai contoh, di Presint 7, para penduduk diletakkan berasingan daripada Kawasan Pentadbiran. Mereka dihubungkan melalui Jambatan yang dipisahkan oleh sebuah tasik. Di sebuah kawasan penempatan penduduk pula, disediakan kemudahan-kemudahan seperti Pasar Awam, Bank, Medan Selera dan Gerai.


Ini adalah antara perancangan awal untuk memudahkan para penduduk ini mendapatkan akses kepada perkara-perkara harian. Kebanyakkan bangunan disini didominasi oleh bangunan jenis Pengsapuri berbanding kawasan perumahan seperti rumah teres, banglo dan taman perumahan.


Apa yang menarik ialah jenis kawasan perumahan tanpa pagar yang dibina disini. Dapat dilihat melalui cara susunan rumahnya, ianya tidak seperti kawasan perumahan biasa. Perumahan teres disini dibina melalui cara bulatan dan diletakkan kawasan hijau yang mempunyai taman permainan kanak kanak dan pondok pondok untuk riadah ditengahnya.Ini adalah kerana untuk memberi respon kepada rancangan awal pembinaan Putrajaya sebagai sebuah bandar yang mengekalkan dan memulihara eko sistem melalui kawasan hijaunya.


Kawasan Rekreasi dan Hiburan.
(kawasan teras)


Seperti apa yang telah ditulis, Putrajaya dibangunakan sebagai sebuah Bandar Dalam Taman dan dengan kewujudan beberapa buah taman tema disini, jelas sekali apa yang cuba dicapai oleh perekabentuknya. Untuk mewujudkan sebuah bandar dalam taman, bandar Putrajaya melalui sistem perancangan yang betul telah cuba memulihara kawasan hijaunya.Sebagai contoh bangunan Wisma Putra yang dibina di atas bukit di Persint 18. Dapat dilihat bentuk asal sebuah bukit dikekalkan. Hanya binaan bangunan dan jalan akses sahaja yang dibina.


Begitu juga tema taman-taman awamnya yang lebih bercorakkan kepada taman hijau. Ini dapat dilihat melalui pembinaan beberapa taman awam seperti Taman Warisan Pertanian yang berkonsepkan sebuah ladang yang didominasi tumbuhan hijau dan beberapa taman tema yang didirikan di sekitar tasik.


Di sepanjang jalan juga turut ditanam dengan tumbuhan hijau yang berfungsi sebagai tempat berteduh dan sebagai satu cara untuk mengimbangi diantara pembinaan dan pemuliharaan di sini.


Selain itu, pusat membeli belah Alamanda dilihat sebagai salah satu cara penduduk disini untuk membeli belah dan sebagai satu cara aktiviti keluarga selain mengunjungi taman taman tema awam yang terdapat disini. Terletak di Percint 1, Alamanda dilihat sebagai sebuah kawasan penduduk Putrajaya berkumpul di hujung minggu. Tidak ketinggalan rekabentuknya yang turut mesra alam melalui pembinaan taman dan tasik buatan disekitarnya.


cukup!


hanya itu yang aku sempat mampu tulis.
jika berminat, sila tambah sendiri nota-nota seperti:


1) Putrajaya sebagai sebuah kota mati (dead city)
2) Senibina gaya Feudal dan bukan Demokrasi di Bangunan Perdana Menteri
3) Keberkesanan perancangan bandar Putrajaya.


oh ya! aku sibuk dengan penulisan perancangan bandar zaman Rom dan Yunani. ada yang berminat?


sumber rujukan:
kiat.com
putrajaya.com.my



apa yang membuatkan aku bangun di pagi sabtu ini ialah sebuah perisian yang diberi nama Fluidtunes. kebolehan perisian ini ialah untuk anda mengawal library di dalam itunes anda dengan hanya menggunakan pergerakan tangan yang dikesan melalui camera iSight anda.



REVIEW:


aku pernah membaca mengenai kawalan tangan/pergerakan melalui camera pada sebuah majalah IT yang membuat review mengenai laptop Toshiba. tidak sangka pula hari ini, aku akan bertemu dengan perisian ini yang dibina khas untuk pengguna Mac.


filenya agak kecil dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dimuat turun.apa yang anda perlukan sekarang ialah, sebuah library itunes yang sarat dengan pelbagai lagu dan sedikit latihan untuk menggerakkannya menggunakan sensor pergerakan tangan anda.


selepas ini, mungkin fungsi 4 jari trackpad yang terdapat pada macbook akan digantikan dengan pengesan sensor melalui isight ini. barulah minority report!


VIDEO:









FluidTunes from Majic Jungle Software on Vimeo.


DOWNLOAD:


kalian boleh memuatturun perisian ini di mana mana alamat web dibawah:
FluifTunes
Apple Download
MacUpadate